Pas tidak gentar bertemu DAP

in Politik by


KOTA BHARU – Pas tidak gentar sekiranya DAP meletakkan calon mereka bertanding bagi kerusi Dun Kota Lama di sini kerana yakin pengundi di kawasan itu tetap menyokong Pas.


Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, mana-mana parti bebas untuk datang bertanding di sini tetapi jika dilihat sokongan ramai orang bukan Islam kepada kerajaan negeri sekarang sudah mendapat gambaran yang memihak kepada PAS.


“Saya melihat kehadiran ramai masyarakat bukan Islam seperti pada malam ini sudah cukup membuktikan penerimaan mereka terhadap Pas”, katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pintu Gerbang Dataran Cheng Ho dan Sambutan Pesta Tanglung 2017 oleh Menteri Besar Kelantan, DatukĀ  Ahmad Yakob malam tadi.


Takiyuddin adalah Ahli Parlimen Kota Bharu manakala Datuk Anuar Tan Abdullah adalah Adun Kota Lama.


Ditanya tindakan Amanah yang sering membuat tomahan terhadap Pas, Takiyuddin berkata parti itu sengaja berbuat demikian untuk mencari sokongan. – Bernama


Source: SH Politik

[featured-video-plus]