Peniaga temui kanak-kanak, bayi di luar rumah

in Edisi Johor by


JOHOR BAHRU – Seorang peniaga terkejut menemui seorang kanak-kanak perempuan dan bayi lelaki di luar pagar rumahnya di Taman Air Biru, Pasir Gudang, di sini, bersama tiga beg pakaian pada 29 September lepas.


Rahim Sarin, 64 berkata, dia hanya menyedari kejadian itu kira-kira 4.30 petang selepas di hadapan rumahnya dan keluar untuk meninjaunya.


“Saya terkejut apabila melihat seorang kanak-kanak perempuan berusia lingkungan setahun lebih dan seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan ditinggalkan tanpa pengawasan orang dewasa.


“Saya berusaha mencari ibu bapa kedua-dua mereka dan jiran yang sedang menyapu halaman menyatakan terlihat seorang lelaki dan perempuan menaiki teksi berhampiran kediaman saya.


“Kemudian, saya menghubungi anak perempuan saya yang berada di luar rumah sebelum menyerahkan kedua-dua mereka di Balai Polis Seri Alam di Pasir Gudang untuk tindakan lanjut,” katanya.

Bayi lelaki yang ditinggal


Rahim berkata, dia langsung tidak mengenali kedua-dua mereka dan masih keliru dengan tindakan pihak tidak  bertanggungjawab yang bertindak sedemikian.


“Saya tidak pasti sama ada mereka mempunyai kaitan dengan kanak-kanak perempuan itu dan bayi berkenaan.


“Mungkin insan berkenaan meninggalkan mereka supaya keluarga kami dapat memberi jagaan, namun saya tidak dapat berbuat demikian kerana ia menyalahi undang-undang,” katanya.


Warga emas itu mengambil keputusan untuk menyerahkan kedua-dua mangsa yang malang itu berserta beg yang ditemui kepada polis bagi tindakan lanjut.


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]