Polis terima laporan kes Jamal pecah botol arak

in Semasa by


SHAH ALAM – Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kekecohan yang berlaku di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) hari ini apabila Pengerusi NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini bertindak memecahkan kira-kira 100 botol arak menggunakan tukul besi.


Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, terdapat laporan yang diterima berhubung kejadian itu.


“Kita jalankan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan,” katanya.


[ARTIKEL BERKAITAN: Jamal pecahkan botol arak]


Kejadian kira-kira jam 10.15 pagi tadi itu berlaku setelah beliau (Jamal) tiba di hadapan kompleks pentadbiran kerajaan bersama kira-kira 20 orang penyokongnya dengan membawa beberapa peti minuman keras.


Difahamkan tindakan Jamal itu rentetan Majlis Perbandaran Klang (MPK) baru-baru ini membenarkan Festival F&B Jerman yang menjadikan minuman keras sebagai hidangan dan dijangka berlangsung pada 12 dan 13 Oktober ini.


Sebelum itu, Festival Better Beer 2017 yang sepatutnya dijadualkan berlangsung bermula esok di Kuala Lumpur dibatalkan setelah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membatalkan permit penganjuran.


Susulan itu, terdapat spekulasi mengatakan penganjur festival berkenaan membuat permohonan baru melalui Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]