Rasuah: SPRM bekukan aset bernilai RM179 juta

in Semasa by


KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membekukan wang tunai sebanyak RM179 juta bagi menjalankan siasatan dakwaan menggelapkan dana sebuah kementerian.


Difahamkan operasi yang dilakukan sejak 10.30 pagi semalam, akaun bank dengan deposit besar, wang tunai dan susunan dokumen termasuk penyata kewangan dari beberapa syarikat telah dirampas.


Dalam pada itu, SPRM juga akan memanggil individu yang disyaki terlibat dalam kes itu termasuk pegawai kanan di kementerian terbabit.


Sumber mengatakan bahawa sesetengah syarikat yang telah diberikan kontrak untuk projek-projek akan melantik sub-kontraktor untuk melaksanakannya.


Dalam proses itu, mereka akan menerima komisen yang besar kerana membenarkan nama syarikat mereka digunakan untuk mendapatkan pekerjaan, tetapi tanpa kepakaran yang diperlukan untuk melakukannya.


Timbalan Ketua Pesuruhjaya (operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, semalam lebih RM150 juta dalam akaun bank telah dibekukan.


“Hari ini sebanyak RM29 juta daripada lebih 10 bank telah dibekukan bagi membantu siasatan.


“Kita sedang kaji lagi dokumen-dokumen dan dalam masa terdejat ini beberapa individu akan dipanggil sebagai saksi. Siasatan setakat ini masih berjalan dan sebanyak 15 lokasi di Sabah telah diserbu yang mana majoritinya adalah di Kota Kinabalu,” katanya kepada Sinar Online.


Mengulas mengenai tangkapan, Azam berkata, setakat ini tiada lagi tangkapan dibuat.


Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan akan ada tangkapan dibuat dalam masa terdekat.


“Kes disiasat mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 dan Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram,” katanya.


Ini adalah kes rasuah kedua terbesar yang menyerang Sabah selepas skandal jabatan air negeri itu di mana RM3.3 bilion bertujuan untuk projek-projek yang disalurkan melalui rangkaian syarikat, bermula pada tahun 2010.


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]