Suspek curi kereta direman

in Semasa by


JITRA – Seorang lelaki warganegara Thailand ditahan reman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes curi kereta di sebuah stesen minyak di Taman Mahsuri, kelmarin.


Perintah reman berkenaan dikeluarkan Majistret Kanan Mahkamah Jitra, Mohd Hadi Hakimi Harun yang membenarkan reman sehingga Ahad ini.


[ARTIKEL BERKAITAN: Ayah ke tandas, anak dilarikan penyamun]


Suspek berusia 24 tahun itu tiba di perkarangan mahkamah kira-kira jam 8 pagi diiringi oleh anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu setelah berjaya ditahan di Alor Setar jam 4.30 petang semalam.


 


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]