Usaha tiga peringkat

in Global by


GENTING GAZA – PALESTIN . Pihak Berkuasa Palestin (PA) memaklumkan perjanjian untuk menamatkan sengketa antara Hamas dan Fatah akan dilaksanakan secara tiga peringkat, pembentukan jawatankuasa untuk menyelesaikan masalah lintasan, elektrik, bekalan air dan isu lain.


“Kami komited untuk menyelesaikan segala isu berbangkit untuk mencapai perdamaian,” kata jurucakapnya, Yousef al-Mahmoud.


Jelasnya, kerajaan akan mengadakan perbincangan segera untuk mencari jalan penyelesaian pelbagai perkara termasuk keselamatan dan isu lintasan sempadan akan dibincangkan di Kaherah pada minggu depan.     


Kelmarin, Kabinet Palestin bertemu di wilayah Gaza untuk pertama kali sejak 2014 selepas mencapai persetujuan untuk berdamai dengan Hamas.


Dalam ucapan pembukaan, Perdana Menteri Rami Hamdallah memperbaharui janjinya untuk menamatkan sengketa selama sedekad antara Hamas yang menguasai Gaza dan Fatah yang berpusat di Tebing Barat.


“Kami di sini untuk buka lembaran baharu, memulihkan projek nasional ke arah penubuhan negara Palestin,” ujarnya. – Arab News


Source: SH Global

[featured-video-plus]