Van Dijk sedia dilepaskan

in Sukan by


PEMAIN Southampton, Virgil van Dijk tidak menolak kemungkinan untuk meninggalkan kelab itu pada jendela perpindahan Januari nanti.


Ini sekali gus seakan-akan membuka peluang buat Liverpool, yang paling berminat untuk mendapatkan pemain kebangsaan Belanda itu untuk mengisi kelemahan di barisan pertahanan mereka.


Bagaimanapun, Van Dijk enggan memberikan sebarang petunjuk adakah masih berminat untuk ke Anfield, sebaliknya ingin fokus memberikan aksi terbaik bersama Southampton buat masa ini.


“Saya tidak menyesal meminta kepada Southampton untuk dijual ke Liverpool awal musim lalu. Ini kerana saya ada keinginan untuk bermain di kelab yang lebih baik.


“Tetapi mereka kekal dengan pendirian untuk tidak menjual saya dan saya perlu menjadi lebih profesional untuk bermain sehabis baik sepanjang berada di sini.


“Soal perpindahan di pertengahan musim, kita lihat sahaja apa yang akan terjadi nanti,” katanya.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]