Dua pegawai Juta Kelulut dibebas dengan jaminan polis

in Semasa by


SEREMBAN – Dua lelaki yang merupakan pegawai syarikat Juta Kelulut Global Resources yang direman semalam bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan pembelian rumah mampu milik, dibebaskan dengan jaminan polis.


Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintendan Azrul Hisham Mohd Shaffie berkata, kedua-dua mereka berusia 30 dan 45 tahun itu dibebaskan selepas tempoh reman tamat hari ini.


“Pendakwaan akan dilakukan selepas kertas siasatan kes diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat,”katanya.


Mahkamah Khas Reman Seremban semalam membenarkan perintah reman selama dua hari terhadap kedua-dua lelaki itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.


Mereka sebelum ini ditahan bersama Pengarah Urusan DBI Properties, Noruliman A.Rahman atau lebih dikenali sebagai Boy ImanĀ  di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.


Turut ditahan seorang wanita berusia 40-an di Nilai yang dipercayai turut terlibat dalam urus niaga itu.


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]