Dua rakan diperintah bela diri edar lebih 100kg dadah

in Semasa by


KUALA LUMPUR – Dua rakan diperintahkan membela diri oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, atas empat pertuduhan mengedar pelbagai jenis dadah seberat 123.052 kilogram(kg), dua tahun lalu.


Hakim Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu terhadap seorang pemandu, Ong Chew Yaw, 32, yang bekerja sebagai pemandu dan deejay kelab malam, San Kim Huat, 37,  selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie pada akhir kes pendakwaan. 


Mengikut pertuduhan, mereka didakwa mengedar dadah berbahaya iaitu 95.016 kg methamphetamine, 26.791 kg ekstasi, 1.245 kg ketamine di sebuah rumah sewa di Jalan Denai Selatan, Desa Park City, Kepong di sini pada jam 6.25 petang, 12 Mei 2015.


Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.


Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zalina Awang @ Mamat mengemukakan seramai 11 saksi pendakwaan sepanjang perbicaraan bermula 21 Februari lalu manakala peguam, Datuk Hariharan Tara Singh mewakili Chew Yaw Kim Huat.


Mahkamah menetapkan 14 November ini untuk perbicaraan di peringkat pembelaan.


 


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]