Empat kanak-kanak dibakar hidup-hidup

in Global by


RIO DE JANEIRO – BRAZIL. Seorang lelaki bertindak membakar hidup-hidup empat kanak-kanak sebelum cuba membakar dirinya sendiri dalam satu kejadian di sebuah tadika di bandar Janauba dekat Minas Gerais, tenggara Brazil pada Khamis.


Lelaki berkenaan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.


Menurut Datuk Bandar dan polis tempatan, kejadian dipercayai berpunca apabila seorang pengawal keselamatan bertindak mencurah alkohol ke badanĀ  mangsa, sebelum membakar mereka.


Seramai 40 yang lain turut mengalami kecederaan dan menerima rawatan di hospital, 25 daripadanya melecur manakala 15 lagi akibat trauma.


Daripada 25 mangsa ditahan di hospital, 14 terdiri kanak-kanak berumur antara empat dan lima tahun selebihnya kakitangan hospitalĀ 


Penyerang berusia 50 tahun, bekerja sebagai pengawal keselamatan di tadika berkenaan sejak 2008 dan didakwa mengalami kemurungan.-Bernama-NNN-Xinhua


Source: SH Global

[featured-video-plus]