Imigresen minta bantuan kesan individu

in Semasa by


KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) meminta orang ramai membantu memberikan maklumat mengenai seorang lelaki tempatan bagi tujuan perbicaraan berhubung Akta Antipemerdagangan dan Antipenyeludupan Migran 2007 di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Jumaat depan.


Tan Lik Ming memegang kad pengenalan bernombor 950809-13-5751 dan alamat terakhirnya ialah di Y&YJK IT Solution, No.92-1, Jalan 2/17 Taman Fadason, Kepong, 52000.


Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Zuraidah Zakaria, Bahagian Pencegahan ATIPSOM dan AMLA JIM di talian 019-3336208/03-88801367 pada waktu pejabat atau bilik gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat.- Bernama


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]