Jangan cepat mencemuh: Gerrard

in Sukan by


TIGA kemenangan daripada tujuh perlawanan dalam saingan Liga Perdana Inggeris sudah cukup dijadikan modal buat penyokong hentam Liverpool.


Aksi kurang meyakinkan The Reds awal musim ini memberi gambaran bahawa skuad kendalian Jurgen Klopp itu tidak mampu pergi jauh.


Bagaimanapun bekas pemain Liverpool, Steven Gerrard berharap peminat jangan terlalu cepat membuat kesimpulan awal terhadap Klopp, sebaliknya mengingatkan masih ada masa untuk Liverpool bangkit memandangkan saingan baru sahaja bermula.


“Liga baru sahaja memasuki tujuh perlawanan, jadi tiada apa untuk dirisaukan.


“Saya rasa semuanya akan ok selepas ini, dan mereka mampu berada di kelompok empat terbaik.


“Apa yang penting ketika ini ialah sentiasa bersatu dan menyokong antara satu sama lain,” katanya.


Liverpool duduki tangga ketujuh dengan kumpul 12 mata selepas tujuh perlawanan.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]