Kereta rempuh pokok, pemandu maut

in Edisi by


PASIR PUTEH – Seorang buruh maut apabila kereta dipandunya terbabas dan melanggar pokok dalam kejadian dekat Tok Bali di sini, pagi semalam.


Asmadi Daud, 32, beralamat di Kampung Cherang Ruku dekat sini, parah dan disahkan maut di tempat kejadian.


Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Abdul Rozak Muhamad berkata, kereta Perodua Kelisa dipandu mangsa menghala ke Tok Bali terbabas di Kilometer 16.5 Jalan  Melawi-Kuala Besut.


“Kita menerima panggilan daripada Bilik Gerakan IPD Pasir Puteh berhubung kejadian itu jam 9.54 pagi yang mengatakan berlaku kemalangan di kawasan berkenaan.


“Kereta tersebut merempuh pokok dengan pemandu tersepit di tempat duduknya, tiada kesan brek atas jalan dan keadaan jalan di situ lurus, rata dan kering.


“Bahagian depan kereta remuk teruk dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan  1987,” katanya.


Source: SH Edisi Kelantan

[featured-video-plus]