Oscar harap pintu masih terbuka

in Sukan by


OSCAR berharap pintu masih terbuka untuknya beraksi bersama Chelsea selepas sembilan bulan meninggalkan kelab itu.


Pemain tengah Brazil itu meninggalkan Stamford Bridge untuk menyertai Shanghai SIPG dengan pemindahan bernilai £60 juta (RM332 juta).


“Ya saya ingin kembali ke Chelsea, siapa tahu dalam dua atau tiga tahun lagi saya akan kembali ke Liga Perdana Inggeris.


“Saya harap saat itu Chelsea akan menerima dan mengalu-alukan kedatangan saya,” katanya.


Bagaimanapun pemain berusia 26 tahun itu menjelaskan bahawa pendedahan itu tidak bermaksud dia tidak gembira di liga China.


“Saya sukakan kelab ini kerana mereka memberi tawaran menarik,” katanya yang telah meledak enam gol dan 12 assist dalam 30 perlawanan.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]