Seleweng dana RM180j: ahli politik, peniaga direman

in Semasa by


KOTA KINABALU – Seorang pemimpin parti politik Sabah dan seorang ahli perniagaan direman selama lima hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana RM180 juta berkaitan projek luar bandar di negeri ini.


Majistret Stephanie Sherron Abbie mengeluarkan  perintah itu selepas membenarkan permohonan  Suruhanjaya  Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman kedua-dua individu berkenaan sehingga 10 Oktober  ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 17A Akta SPRM 2009.


Kedua-dua individu itu masing-masing ditahan pada jam 6.40 petang dan 8.45 malam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah, di sini, semalam.


Mereka tiba di Mahkamah Kota Kinabalu pada 2.35 petang tadi. – Bernama


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]