Signature Tower siap tahun hadapan

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Projek pembinaan Signature Tower dengan ketinggian 92 tingkat kini rancak dijalankan di Tun Razak Exchange (TRX), bersebelahan Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur dengan purata satu tingkat siap dibina dalam tempoh tiga hari!


Apabila siap kelak pada pertengahan tahun hadapan dengan mencapai ketinggian 452.37 meter, menara ini akan kelihatan lebih tinggi berbanding KLCC dan bakal menjadi bangunan ke-15 tertinggi di dunia.


Nanyang Siang Pau melaporkan, syarikat pemaju, Mulia Group yang terbabit dalam projek berkenaan turut membina enam aras bawah tanah dan keseluruhan kos projek pembinaan menelan RM3.5 bilion.


Signature Tower turut menjadi mercu tanda utama untuk keseluruhan projek pembangunan TRX. Ia juga bertindak sebagai pemangkin pembangunan fizikal untuk bangunan-bangunan lain di kelilingnya.


Pada Mei tahun lepas, Mulia Group memeterai perjanjian dengan TRX untuk membangunkan Signature Tower, dengan urus niaga tanah bernilai RM665 juta.

 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]