Wanita ditemui mati dengan kesan jerutan

in Edisi Selangor KL by


SHAH ALAM – Seorang wanita warga Indonesia ditemui mati dengan kesan jerutan di leher, dipercayai dibunuh, di dalam sebuah bilik di Jalan Kem, Pelabuhan Klang, dekat sini petang semalam.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata  mangsa berusia 43 tahun itu dipercayai pekerja sebuah kilang di kawasan berhampiran.


“Pemeriksaan awal menunjukkan terdapat kesan jerut di leher mangsa menggunakan tali kasut… si mati juga masih memakai gelang emas di tangan kanan selain sepasang subang emas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Beliau berkata, polis tidak menemui sebarang kesan pergelutan selain keadaan bilik mangsa tidak berselerak.


Susulan kejadian, polis menahan seorang lelaki warga Myanmar berusia 29 tahun yang dipercayai teman lelaki mangsa bagi membantu siasatan menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya.- Bernama


 




 


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]