Wanita sanggup tanggung risiko pandu dalam bahaya

in Semasa by


KOTA BHARU – Memandu kereta tanpa lesen memandu yang sah! Seorang wanita sanggup menanggung risiko memandu kereta walaupun lesen telah tamat tempoh. 


Wanita berkenaan ditahan ketika pemeriksaan sekatan jalan raya dijalankan di Salor-Tunjong kira-kira jam 11 malam.


Ekoran tindakan wanita itu, keretanya kemudiannya ditahan untuk tindakan susulan selepas gagal mengemukakan lesen yang sah.


Dalam Ops Bersepadu Trafik Ibu Pejabat Polis Kelantan yang bermula kira-kira jam 10 sehingga jam 5 pagi itu, lima lokasi termasuk Lapangan Terbang Sulan Ismail Petra, Melor, Tunjong, Jalan Tok Guru dan Lundang.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan, Supritendan Markandan berkata, dengan kekuatan 99 penguatkuasa bersama 91 anggota dan 8 pegawai IPK, Ibu Pejabat Polis Daerah dan Jabatan Alam Sekitar pihaknya turut menahan enam lelaki berusia antara 13 hingga 16 tahun atas kesalahan dadah.


Mereka turut ditahan dibawah seksyen 1 dibawah sek.108(3)(e)APJ 1987 kerana menggunakan nombor pendaftaran palsu.


“Dalam ops itu juga, dua dilelaki Melayu berumur 23 dan 25 yang bersama kereta jenis Satria dan turut merampas dua plastik cerah berisi cecair disyaki dadah. Turut dijumpai sebotol plastik juga dipercayai dadah dalam pemeriksaan di Melor. 


“Selain itu kita turut merampas, empat kenderaan dan 12 motosikal yang melakukan pelbagai kesalahan di samping mengeluarkan 119 keping saman juga dengan pelbagai kesalahan.


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]