Anggota tentera ditemui tidak bernyawa dalam kereta

in Uncategorized by


TAIPING – Seorang anggota tentera ditemui meninggal dunia di dalam sebuah kereta, di Jalan Lim Tee Hooi, berhampiran Restoran Larut, di sini semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 4.10 petang itu, mangsa dikenali sebagai Razif Ruhiman, 32,  beralamat di Markas Tentera Darat, Cawangan Sumber Manusia, Kementah, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur dan  bertugas di Kem 9  Renjer Taiping.


Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah berkata, semasa kejadian, difahamkan mangsa mengalami muntah darah dan keadaannya disedari orang awam.


Menurutnya, hasil siasatan di lokasi kejadian, mendapati mangsa telah meninggal dunia.


“Ketika itu terdapat kesan darah di bahagian mulut dan tompokan darah di hadapan kereta, dipercayai kesan muntah mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.


Harrith Kam berkata, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat.


“Bagaimanapun, menurut rakannya, mangsa sebelum ini pernah menghidap penyakit tibi dan hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami pendarahan dalam perut.


“Daripada siasatan dijalankan, kematian mangsa tidak melibatkan sebarang unsur jenayah dan ia diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.


Source: SH Edisi Perak

[featured-video-plus]