Dua kilang perabot musnah dalam kebakaran

in Semasa by


KUALA LUMPUR – Dua kilang perabot di Jalan Welfare, Kampung Baru Sungai Buloh musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.


Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, bomba menerima panggilan kira-kira 3.25 pagi dan 31 anggota bersama lima jentera dari Balai Bomba Sungai Buloh, Damansara dan Anggerik telah dikerahkan ke tempat kejadian.


“Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya oleh pasukan bomba yang menggunakan dua jentera tangki air serta sumber air daripada pili bomba kira-kira 300 meter dari lokasi kilang yang terbakar.


“Setakat 6 pagi tadi, kebakaran membabitkan dua kilang perabot dengan anggaran keluasan 1,858 meter persegi itu sudah dapat dikawal, namun kerja memadam sisa kebakaran masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi.


Tiada mangsa yang terlibat dalam insiden tersebut dan punca kebakaran masih dalam siasatan. – Bernama


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]