Jangan menggelabah bila SPRM tahan pemimpin parti

in Politik by


LENGGONG – Pembangkang tidak perlu ‘menggelabah’ dengan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan naib presiden sebuah parti politik di Sabah.


Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, beliau tidak merasakan penahanan individu itu bermotifkan politik.


Menurutnya, SPRM tidak pilih bulu semasa melakukan penahanan kerana sebelum ini juga terdapat pegawai tinggi kerajaan ditahan.


“Jangan menggelabah dengan apa berlaku kerana kalau kita lihat, akhir-akhir ini SPRM tidak kenal bulu dalam membuat tangkapan. Pegawai tinggi kerajaan juga ditahan sebelum ini.


“Jadi, jangan tiba-tiba mereka terasa bahawa ini (penahanan Peter Anthony) ada tujuan politik. Saya tak nampak sebarang tujuan politik.


“Kalau ia mengaitkan dengan tokoh-tokoh politik yang mereka suka, tidak mengapa, jangan siasat tapi kalau yang mereka tak suka, siasatlah habis-habisan, tangkaplah habis-habisan,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Fiesta Ikan Sungei Lenggong di Dataran Tasik Raban, hari ini.


Tambah Ahmad Shabery, sikap pembangkang yang menghentam SPRM atas tangkapan Naib Presiden Warisan mencerminkam sikap mereka yang mengamalkan ‘double-standard’.


“Saya rasa dalam soal ini, pembangkang dilihat double-standard, cakap tak serupa bikin. Dia hanya melihat rasuah itu kalau orang lain kena, perlu ditangkap.


“Kalau ia melibatkan orang yang dia suka atau terkena kaitan saja, mereka sudah tidak senang,” tegasnya.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]