Kereta api rempuh bas, 16 terkorban

in Global by


MOSCOW – RUSIA. Sekurang-kurangnya 16 terkorban apabila sebuah kereta api merempuh bas yang rosak di persimpangan berhampiran ibu negara Rusia, semalam.


“Siasatan awal mendapati mangsa yang maut termasuk seorang kanak-kanak. Penumpang lain yang cedera telah dihantar ke hospital. Jumlah sebenar kematian dan mangsa cedera masih belum dapat dipastikan,” kata jurucakap Jawatankuasa Penyiasat.


Sementara itu, media tempatan melaporkan bas tersebut dipercayai membawa pekerja migran dari Uzbekistan telah diseret sejauh beberapa ratus meter di atas landasan tersebut. – Agensi


Source: SH Global

[featured-video-plus]