Pengarah urusan syarikat direman lagi

in Semasa by


SHAH ALAM – Mahkamah Majistret di sini mengeluarkan perintah reman tiga hari ke atas pengarah urusan sebuah syarikat bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung penipuan jualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta.


Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Majistret, Nurhidayah Abd Mutalib mengeluarkan perintah reman itu di Kompleks Mahkamah Shah Alam di sini.


Perintah reman dua hari turut dikeluarkan terhadap tiga lagi individu termasuk seorang wanita berusia lingkungan 30 hingga 45 tahun yang mana ketiga-tiga mereka merupakan pengarah syarikat Juta Kelulut Global Resources (SJKGR).


Kesemua mereka direman di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan bagi membantu kes berkaitan penipuan jualan rumah yang dilakukan syarikat miliknya dan sebuah lagi syarikat.


Suspek yang juga pelakon sebelum ini direman di Ampang selama dua hari bermula 3 Oktober lalu, sebelum  direman semula dua hari di Mahkamah Majistret Muar, Johor Bahru bermula Khamis lepas.


Kesemua suspek yang memakai baju lokap berwarna jingga dengan tangan bergari tiba di perkarangan mahkamah kira-kira jam 10.16 pagi diiringi anggota polis.


Rabu lepas, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, jumlah laporan berkaitan penipuan jualan rumah yang dilakukan syarikatnya itu bertambah daripada 188 kepada 201 kes.


Katanya, pihak polis akan akan memanggil beberapa lagi individu untuk membantu siasatan kes berkenaan. – Bernama


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]