Siapa sudi terima kami?

in Global by


RATUSAN ribu penduduk Islam Rohingya sehingga yang berusia 105 tahun sanggup menggadai nyawa merentasi sempadan ke Bangladesh demi untuk mencari perlindungan dan kehidupan lebih baik pada masa depan selepas tentera Myanmar memusnahkan perkampungan mereka di negeri barat Rakhine.


Sehingga kini, lebih 500,000 penduduk Rohingya yang mana 80 peratus daripadanya adalah wanita dan kanak-kanak telah merentasi ke tenggara Bangladesh selepas melalui perjalanan berbahaya dari negeri bergolak Rakhine.


“Ia adalah detik paling sukar,” kata Tahera Begum, 22, yang terpaksa melahirkan anak keduanya di dalam hutan ketika dalam perjalanan ke sempadan.


Gelombang keganasan kedua yang tercetus pada 25 Ogos lalu menyaksikan pembunuhan beramai-ramai ke atas etnik minoriti tersebut hingga memaksa penduduk Rohingya melarikan diri ke negara jiran.


“Siapa sudi terima kami?,” ujar Halima yang turut dipukul tanpa perikemanusiaan di hadapan anaknya ketika mereka menuju ke sempadan.


Penduduk Islam Rohingya yang tinggal di Rakhine selama beberapa abad telah ditindas selama beberapa dekad di negara yang mempunyai majoriti penduduk Buddha itu.


Menurut PBB, selepas kerakyatan mereka dilucutkan oleh junta tentera pada 1980-an, golongan minoriti itu terus menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai, penderaan dan rogol bergilir-gilir.  


Sejak operasi ketenteraan dilancarkan di negeri barat Myanmar pada Oktober lalu, jumlah penduduk Rohingya yang mendapatkan perlindungan di Bangladesh juga telah mencecah kira-kira 800,000 orang. – al-Jazeera


Source: SH Global

[featured-video-plus]