Taktik bagi tips untuk bermanja dibongkar polis

in Semasa by


PETALING JAYA – Boleh bermanja-manja selepas memberi tips dengan kalungan bunga.


Itu ‘tarikan’ yang disediakan pusat hiburan yang terletak di Damansara Perdana, dekat sini, kepada pelanggannya.


Namun, aktiviti tidak sihat itu berjaya dibongkar sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dalam Ops Noda, malam tadi.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, dua buah pusat hiburan telah diserbu dalam serbuan yang bermula jam 9.30 malam.


“Dalam serbuan ini, seramai 25 wanita warga asing disyaki gadis pelayan pelanggan (GRO) membabitkan warga Filipina, Indonesia, Thailand dan Vietnam telah ditahan.


“Turut ditahan dua penjaga dan seorang pekerja premis bagi membantu siasatan,” katanya.


Beliau berkata, kesemua individu yang ditahan berusia lingkungan 20-an ini kemudian dibawa ke IPD Petaling Jaya untuk tindakan lanjut.


Mengulas modus operandi pusat hiburan, Mohd Zani mendedahkan, GRO boleh ditempah oleh pelanggan. Malah, kalungan bunga dengan harga RM50 sehingga RM100 juga disediakan sebagai tips semasa ‘stage show’.


Katanya, beliau juga tidak menolak kemungkinan wujud aktiviti persundalan dan siasatan awal dipercayai ada tawaran yang boleh dibuat antara pelanggan dan GRO dengan harga yang ditentukan.


“Operasi sebegini akan terus dijalankan dari semasa ke semasa bagi membanteras kegiatan yang menyelahi undang-undang,” katanya.


Kes disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Akta Imigresen 1959/63.


 


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]