Ventura akui Azzurri kurang cergas

in Sukan by


KURANG cergas dan kurang semangat juang punca Itali sekadar melakar keputusan seri 1-1 menentang Macedonia aksi Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2018 di Stadio Olimpico di Torino awal pagi semalam.


Keputusan itu diakui pengendali Gli Azzurri, Gian Piero Ventura antara paling memalukan pernah dilakar pasukan berkenaan.


Jaringan Giorgio Chiellini babak pertama tidak mencukupi selepas Aleksandar Trajkovski meledak gol penyamaan 13 minit sebelum perlawanan tamat untuk menafikan tiga mata tuan rumah.


“Kami kehilangan beberapa tonggak utama dan gagal ulangi persembahan pada babak pertama.


“Tahap kecergasan rendah punca kami bolos. Dalam bola sepak, jika anda tidak melakukan sesuatu ketika menyerang, anda akan dibolosi lawan.


“Kami berharap empat atau lima pemain utama dapat kembali berada pada tahap terbaik. Kami amat memerlukan mereka bagi membantu Itali mara ke Rusia 2018,” katanya.


Ventura  mahu  pemainnya  bangkit menjelang aksi terakhir kumpulan menentang Albania pada Isnin.


Sementara itu, Chiellini yang kecewa dengan keputusan tersebut akui gagal mempamerkan permainan sebenar menjadi punca mereka kempunan tiga mata.


“Kami mungkin memperbodohkan diri kami yang mengatakan kami berusaha dengan lebih gigih berbanding yang sebenarnya.


“Sebaik saja kami membuka tirai jaringan, kami sepatutnya mengawalnya dengan lebih baik kerana Macedonia jelas tidak membahayakan bagi 75 minit permainan. Kami faham mengapa peminat marah,” kata pertahanan veteran itu.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]