2,641 terima sijil sempena konvokesyen UMK

in Edisi by


KOTA BHARU- Seramai 2,641 mahasiswa akan dianugerahkan Ijazah, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana, dan Doktor Falfasah pada sidang konvokesyen kali ke-7 Universiti Malaysia Kelantan di sini bermula esok.


Konvokesyen kali ini julung kali diadakan di Dewan Keusahawanan UMK, Kampus Kota yang memberi kelainan dalam majlis kali ini.


Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, beliau amat berbangga dengan pencapaian UMK yang melahirkan ramai graduan keusahawanan.


“Kita amat berbangga dengan adanya universiti keusahawanan yang melatih ramai graduan dan pada kali ini paling ramai graduan sejak ditubuhkan pada 2007 lalu.


“Ini menunjukkan ia menjadi pilihan ramai termasuk ibu bapa dan graduan sejak penubuhannya, “katanya ketika berucap pada majlis bual bicara sempena Pesta Konvokesyen Pesko Jaya UMK, di sini hari ini.


Hadir sama, Naib Canselor UMK, Prof. Datuk Dr Mortaza Mohamed.


Dijangka 50,000 pengunjung akan memeriahkan majlis terbabit yang berlangsung selama enam hari bermula hari ini sehingga 12 Oktober.


Turut berlangsung, sidang konvokesyen selamat empat hari dan pelbagai persembahan kebudayaan dan artis jemputan.


Source: SH Edisi Kelantan

[featured-video-plus]