Arsa sedia berunding

in Global by


YANGON – MYANMAR . Kumpulan pemisah Rohingya kelmarin menyatakan kesediaan untuk berunding jika mendapat respons daripada kerajaan Myanmar selepas tempoh gencatan senjata berakhir.


Menerusi kenyataan di Twitter, Tentera Pembebasan Arakan Rohingya (Arsa) memaklumkan tempoh bertenang unilateral itu tamat pada tengah malam tadi.


“Gencatan senjata itu dikuatkuasakan untuk membolehkan bantuan kemanusiaan dihantar ke Rakhine. Jika di mana-mana peringkat, kerajaan Burma cenderung kepada perdamaian. Arsa sangat mengalu-alukan langkah itu dan sedia untuk memberi respons,” ujarnya.   


Sebelum ini, Arsa mengecam tindakan kerajaan menyekat bantuan kemanusiaan ke Rakhine dan memberitahu ia sedia berbincang tentang pelaksanaan gencatan senjata dengan pertubuhan antarabangsa supaya bantuan dapat disampaikan.


Ia turut menuduh kerajaan menggunakan pembunuhan, membakar rumah penduduk dan tindakan rogol sebagai ‘alat pembersihan’ ke atas etnik Rohingya.  


Sejak 25 Ogos lalu, kira-kira 515,000 penduduk Rohingya melarikan diri ke Bangladesh manakala ribuan lagi terperangkap di Rakhine. – Reuters


Source: SH Global

[featured-video-plus]