Dua lelaki hilang ketika berkayak di PD

in Edisi Melaka Negeri Sembilan by


PORT DICKSON – Dua lelaki yang sedang berkayak di Pantai Tanjung Tuan hilang, dipercayai akibat dipukul ombak sekitar jam 4 petang tadi, sementara seorang wanita terselamat.


Difahamkan, ketika kejadian, kedua-dua mangsa dipercayai berkayak dari Pantai Tanjung Tuan sekitar jam 2 petang menuju ke Pantai Cermin.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Telok Kemang, Mohd Kamal Mohd Timar berkata, panggilan kecemasan diterima pada kira-kira jam 4 petang.


Katanya, sebaik panggilan diterima operasi mencari dan menyelamat dengan bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia segera dijalankan.


“Kita difahamkan, maklumat daripada polis sekitar jam 7.30 petang, mangsa wanita berusia 54 tahun berjaya diselamatkan oleh pemandu bot awam yang melalui kawasan tersebut. Dua lagi masih belum ditemui,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa digerakkan sebaik panggilan kecemasan diterima pada jam 4 petang tadi.


Kehilangan mangsa yang berasal dari Puchong Selangor dikatakan disedari selepas rakannya yang menunggu di Pantai Cermin mula syak sesuatu yang buruk berlaku apabila sehingga jam 4 petang mereka belum tiba di pantai dan gagal dihubungi.


Menceritakan kejadian itu, mangsa terselamat, Foo Siew Wan berkata, dia berjaya berpatah balik selepas kayak dua rakannya terbalik di perairan Tanjung Tuan.


Dia yang ditemui di pusat sementara operasi dan menyelamat di Pantai Tanjung Biru berkata, ketika kejadian, dia bersama tiga rakannya berkayak dan keadaan ombak laut agak kuat.


“Kayak dua rakan saya terbalik di pukul ombak dan mereka berpaut pada satu kayak.


“Mereka gagal menterbalikkan semula kayak tersebut dan kami bersetuju untuk saya berpatah balik ke pantai mencari bantuan,” katanya.

Siew Wan (tengah) menceritakan kejadian menimpanya dan dua rakan kepada bomba.


Menurutnya, kesemua mereka datang dari Petaling Jaya.


Menceritakan kejadian itu, mangsa terselamat, Foo Siew Wan berkata, dia berjaya berpatah balik selepas kayak dua rakannya terbalik di perairan Tanjung Tuan.


Dia yang ditemui di pusat sementara operasi dan menyelamat di Pantai Tanjung Biru berkata, ketika kejadian, dia bersama tiga rakannya berkayak dan keadaan ombak laut agak kuat.


“Kayak dua rakan saya terbalik di pukul ombak dan mereka berpaut pada satu kayak.


“Mereka gagal menterbalikkan semula kayak tersebut dan kami bersetuju untuk saya berpatah balik ke pantai mencari bantuan,” katanya.


Menurutnya, kesemua mereka datang dari Petaling Jaya.


Source: SH Edisi Melaka NS

[featured-video-plus]