Kembalikan budaya terima kasih kepada guru

in Edisi by


TELUK INTAN – Budaya berterima kasih kepada guru seperti yang dilakukan generasi dahulu dilihat semakin pudar dalam kalangan generasi hari ini dan ia sesuatu yang membimbangkan.


Exco Kerajaan Negeri merangkap Adun Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin sudah sampai masanya masyarakat hari ini melihat semula di mana silapnya hingga ada yang hilang hormat kepada guru.


“Jika kita lihat suatu masa dahulu guru adalah mereka yang sangat dihormati malah ibu bapa sentiasa mengucapkan terima kasih setiap kali bertemu dengan guru-guru yang mendidik anak mereka.


“Tidak cukup daripada itu ada yang sanggup memberikan buah tangan kepada guru seperti buah-buahan sebagai tanda terima kasih,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan alat tulis kepada calon PT3 di Dun Sungai Manik, baru-baru ini.


Menurut Zainol Fadzi, guru juga manusia dan mereka mempunyai rasa ingin dihargai atas segala jasa dan pengorbanan selama ini walaupun hanya dengan berterima kasih kepada mereka.


“Apa yang saya bimbangkan adalah ibu bapa sudah tidak berterima kasih kepada guru malah ada yang sanggup menyerang atau memarahi cikgu apabila anak mereka dikenakan hukuman atau denda.


“Kerana itu saya sebagai pemimpin ingin menegur ibu bapa supaya ucapakanlah terima kasih kepada guru anak anda setiap kali berjumpa mereka, kerana ia akan memberikan mereka motivasi untuk terus mendidik anak bangsa,” katanya.




 


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]