Kontraktor maut terperosok bawah kereta

in Semasa by


DUNGUN – Seorang kontraktor maut dalam keadaan tragis apabila motosikal berkuasa tinggi yang ditunggang terbabas dan terseret kira-kira 30 meter sebelum terperosok di bawah sebuah kereta dalam nahas jalan raya di kilometer 355.3 Lebuh Raya Pantai Timur II, di sini, petang semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 5. 00 petang, mangsa , Mazuki Mohamad, 34, yang menunggang motosikal jenis BMW R1200 dipercayai dalam perjalanan dari Kota BharuĀ  pulang ke rumahnya di Paka.


Pada masa yang sama sebuah kereta jenis Honda Civic yang dipandu Badrul Hisyam Mohd Azmi, 30 terbabas selepas terlanggar besi penghadang jalan.


Motosikal yang ditunggang Mazuki tiba-tiba terbabas sebelum terjatuh dan terseret sebelum melanggar Honda Civic yang sudah tersadai.


Mangsa terperosok di bawah kereta berkenaan dan meninggal di tempat kejadian.


Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Dungun dikejarkan ke lokasi untuk membantu mengeluarkan mangsa yang berada di bawah Honda Civic.


Mayat mangsa di hantar ke Hospital Dungun untuk tujuan bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga untuk dikebumikan.


Ketua Polis Daerah Dungun, Superitendan Ahmad Zailani Yaacob ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes di siasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]