Lelaki dinoda selepas pulang daripada kelab

in Global by


GLASGOW – SCOTLAND. Seorang lelaki mendakwa telah dinoda oleh seorang lelaki lain ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya.


Memetik laporan The Sun, lelaki itu diserang secara seksual ketika berjalan seorang diri meninggalkan sebuah kelab malam, baru-baru ini.


Dia dikatakan diserang ketika melalui lorong berdekatan dengan kelab itu sekitar jam 3.40 pagi.


Polis ketika ditanya enggan mengulas lanjut, namun mengesahkan telah menahan dan menyoal siasat seorang lelaki berumur 31 tahun.


Suspek dikatakan bakal dihadapkan ke mahkamah pada Selasa depan.


Source: SH Global

[featured-video-plus]