Mansuh bot pukat kenka kekal, wajar

in Nasional by


KUALA KURAU – Keputusan Kementerian Pertanian dan Asas Tani (MOA) melaksanakan pemansuhan lesen operasi bot pukat kenka dua bot pada akhir tahun 2020 akan terus dikekalkan bagi menjamin pemeliharaan sumber perikanan jangka panjang.


Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabeery Chik berkata, pengekalan keputusan pemansuhan lesen operasi bot yang turut dikenali bot pukat ‘Apollo’ itu, dianggap wajar setelah pihaknya mendengar suara hati nelayan tradisional yang terjejas sumber perikanan akibat aktiviti pukat itu.


Menurutnya, setiap pandangan dikemukakan golongan nelayan tradisional di Parit Buntar ada asas, terutama mengenai isu pengurangan sumber perikanan akibat kegiatan nelayan menggunakan pukat Apollo.


“Bagaimanapun, sebelum ini, kita sudah mengingatkan mereka(pengusaha bot kenka dua bot) supaya mengikut peraturan dan berubah agar tidak sewenang-wenangnya usaha pemeliharaan sumber perikanan.


“Tempoh pemansuhan lesen sehingga akhir tahun 2020 adalah tempoh masa harus mereka patuhi.


“Saya akan memastikan lebih banyak perjumpaan atau pertemuan dibuat bagi melihat apakah bentuk persiapan mesti dipenuhi kumpulan nelayan bot pukat kenka ke arah transisi memenuhi peraturan ditetapkan,”katanya sewaktu mengadakan lawatan kerja dan sesi dialog bersama nelayan tradisional dan bot pukat kenka di pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan(PPK) Kuala Kurau, di sini lewat petang semalam.


Turut hadir Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, Adun Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat, dan Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen(MPPP) Parit Buntar, Datuk Abu Bakar Md Ali.

 


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]