Sungai Kerawang lokasi pertama diturap dengan getah

in Nasional by


TELUK INTAN – Sungai Kerawai menjadi lokasi pertama dalam negara ini dipilih menggunakan teknologi penurupan jalan raya Cuplump Modified Bitumen (CMB) berasaskan getah beku.


Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, penggunaan getah beku dalam CMB dapat meningkatkan ketahanan jalan serta mengurangkan kos penyelenggaraan dalam jangka masa panjang.


“Walaupun kos pembinaan jalan ini meningkat antara 15 hingga 20 peratus berbanding penurapan jalan jenis konvensional, ia dijamin mampu meningkatkan daya ketahanan jalan dan tidak mudah rosak.


“Ini kerana jalan-jalan yang dibina berasaskan teknologi CMB mampu menyumbang kepada kualiti dan prestasi jalan yang tinggi seperti meningkatkan ketahanan jalan dari segi rintangan keretakan permukaan jalan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Model Teknologi CMB untuk turapan jalan sepanjang 1 kilometer di Jalan Utama Kampung Sungai Kerawai, baru-baru ini.


Tambahnya, teknologi berkenaan juga melambatkan penuaan jalan, kelesuan, serta rintangan gelincir yang baik disamping mengurangkan bunyi bising jalan ketika dilalui kenderaan.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]