Terbuka Amerika Syarikat: Permulaan baik bagi Nicol

in Sukan by


RATU skuasy negara, Datuk Nicol David bermula dengan langkah kanan untuk memburu gelaran keempat Terbuka Amerika Syarikat apabila mara ke pusingan kedua di Unversiti Drexel, Philadelphia, Sabtu.


Nicol, bekas juara tiga kali berturut-turut dari 2012 hingga 2014 itu, hanya mengambil masa 40 minit untuk menewaskan pemain Australia, Donna Urquhart 11-8, 11-4, 6-11 dan 11-5.


“Saya gembira untuk melepasi halangan ini selepas terpaksa berusaha keras untuk menampilkan persembahan yang baik,”kata Nicol, bekas pemain nombor satu dunia, seperti dipetik dalam laman web kejohanan, www.usopensquash.com.


Pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 34 tahun itu akan bertemu pilihan kesembilan, Annie Au esok selepas pemain Hong Kong itu turut melepasi pusingan pertama dengan mengalahkan  rakan senegara, Joey Chan, 11-3, 14-12 dan 11-9.- Bernama


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]