Wanita daki tebing gunung tanpa alat keselamatan

in Global by


LUO Dengping menjadi terkenal sebagai satu-satunya wanita dalam sekumpulan pemanjat lelaki setinggi 100 meter tinggi tanpa menggunakan tali atau peralatan keselamatan.


Ia semata-mata untuk hiburan pelancong yang datang ke Wilayah Guizhou China.


Memetik laporan portal Odditycentral, Luo yang berusia 37 tahun menjadi satu-satunya ‘spider women’ yang menonjolkan kemahiran dan keberanian mereka di hadapan para pelancong.


Luo yang bekerja bermula jam 8 pagi sehingga jam petang itu berkata, kerja ini bukan sahaja lelaki boleh lakukan.


“Saya fikir lelaki dan wanita adalah sama, jika lelaki boleh melakukannya, saya juga boleh melakukannya.“Untuk petua ketika memanjat tebing, sentuh batu dahulu dengan tangan atau kakimu… Sekiranya anda tidak dapat menyentuhnya, jangan bergerak,” katanya.


Source: SH Global

[featured-video-plus]