Wanita persoal muslihat Lim Kit Siang peralat Mahathir

in Politik by


BAGAN DATUK – Sikap Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengambil langkah luar biasa berkaitan penglibatan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad mengundang persoalan Wanita Umno.


Ketuanya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil mendakwa, pihaknya tertanya-tanya adakah ia satu muslihat oleh Kit Siang.


“Mengapa beliau (Kit Siang) begitu mudah melupakan pemusuhan sengitnya terhadap Tun Mahathir tidak kurang dari 40 tahun lalu?


“Begitu juga dengan perlantikan bekas Perdana Menteri itu untuk jawatan tertinggi Pakatan Harapan sedangkan beliau bukanlah seorang ahli Parlimen,” katanya pada Majlis Pelancaran Jentera Jalinan Rakyat Plus (JR Plus), di sini.


Beliau berkata,  rakyat juga tertanya-tanya muslihat sebenar Lim Kit Siang membuat pusingan ‘u-turn’ dan sanggup mengadakan pakatan dengan musuh utamanya.


“Justeru, Kit Siang perlu membuktikan sokongan terhadap Tun ini bukanlah bermotifkan politik peribadi beliau semata-mata,” katanya.


Sementara itu, Shahrizat turut mengingatkan Jentera Wanita Umno supaya sentiasa bersedia menghadapi PRU14.


“Ahli-ahli parti supaya sentiasa bersedia menghadapi serta mampu kalis fitnah dan tohmahan pembangkang yang menggunakan pelbagai dakyah untuk mengelirukan pengundi menjelang PRU14 kelak,” katanya.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]