400 penduduk terpaksa guna jalan rosak

in Edisi Utara by


PENDANG – Kira-kira 400 penduduk Kampung Pulai mukim Tokai terpaksa menggunakan jalan rosak setiap hari.


Penduduk, Mohd Zaki Ishak, 43, berkata setiap hari penduduk terpaksa berdepan risiko bahaya menggunakan jalan di kampung berkenaan.


“Jalan rosak di kampung ni lama sangat dah, boleh kata sejak 20 tahun lalu. Namun kini, keadaan menjadi semakin teruk sebab ramai yang guna,” katanya ketika ditemui, hari ini.


Katanya, jalan rosak yang berlubang dan pecah berkenaan berlaku sepanjang tiga kilometer.


“Keadaan jalan seperti ini mendatangkan bahaya kepada kami penduduk kampung terutama pelajar sekolah.


“Pelajar akan keluar ke sekolah seawal jam 6.45 pagi, masa tu gelap lagi jadi kalau keadaan jalan berterusan macam ni ia akan membahayakan semua pengguna,” katanya.


Katanya, kemalangan kerap berlaku dan penduduk sangat berharap masalah ini dapat diselesaikan oleh pihak berwajib secepat mungkin.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]