Bantu beri semula keyakinan kepada jemaah

in Bisnes by


PERKARA penting yang menjadi keutamaan jemaah umrah adalah lokasi dan kualiti perkhidmatan disediakan syarikat pengendali pakej umrah.


Pengarah Urusannya, Suhaa Travel & Tours Sdn Bhd (Suhaa Travel), Rozilah Osman berkata, untuk mengelakkan pelbagai masalah dalam kalangan jemaah, Suhaa Travel menasihatkan bakal jemaah umrah memilih syarikat berdaftar dengan kementerian.


“Anda perlu selidik latar belakang pengendali pakej umrah sebaiknya supaya tidak mudah ditipu. Pilihlah yang mempunyai rekod baik dan berada bersama ketika menunaikan ibadat,” katanya.


[ARTIKEL BERKAITAN: LKU banteras kes penipuan pakej umrah]


Mengenai LKU, ia memang dinantikan semua pengendali pakej umrah untuk memastikan jemaah umrah selamat dan mengikut saluran yang betul.


“Ia memberikan peluang kepada syarikat pengendali umrah yang kecil untuk mendapatkan lesen tersebut. Malahan, ia membantu kementerian untuk mengenal pasti syarikat yang benar-benar menyediakan pakej umrah dan tidak mengaut keuntungan dengan menipu bakal jemaah.


[ARTIKEL BERKAITAN: LKU pantau syarikat, agensi pakej umrah]


“LKU juga akan memberikan keyakinan kepada bakal jemaah untuk memilih syarikat pengendali umrah yang diiktiraf Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan,” katanya.


Rozilah berkata, Suhaa Travel menyediakan beberapa pakej umrah dan setiap pakej mempunyai keistimewaan kerana memberikan pengalaman berbeza antaranya lokasi, logistik, penginapan dan perkhidmatan lain.


“Setakat ini, Suhaa Travel membawa lebih 500 jemaah. Suhaa juga dalam proses mendapatkan LKU,” katanya.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]