Belon khas bantu pulih perkhidmatan telefon

in Global by


SACRAMENTO – AMERIKA SYARIKAT. Alphabet Inc, syarikat yang mengawal Google menghantar belon khas ke Puerto Rico untuk membantu memulihkan perkhidmatan telefon di pulau itu yang musnah selepas dibadai taufan Maria bulan lalu.


Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan Amerika Syarikat (FCC) memaklumkan ia telah meluluskan permohonan syarikat terbabit untuk menyediakan perkhidmatan telefon kecemasan ke San Juan yang kini berusaha untuk mendapatkan semula perkhidmatan komunikasi.


“83 peratus laman sel masih tidak berfungsi manakala syarikat komunikasi tanpa wayar terpaksa menggunakan laman sementara,” menurut FCC.


Terdahulu, Pengerusi FCC, Ajit Pai mengumumkan ia telah menubuhkan Pasukan Petugas Pemulihan Hurikan untuk menangani cabaran yang dihadapi Puerto Rico dan Kepulauan Virgin AS.


“Adalah penting kami mengamalkan pendekatan yang diselaraskan dan komprehensif untuk menyokong pembinaan semula infrastruktur komunikasi dan pemulihan perkhidmatannya,” jelasnya lagi, lapor Al-Jazeera.


Source: SH Global

[featured-video-plus]