Hulur sumbangan walaupun selepas banjir

in Edisi by


JERLUN – Biarpun sudah beberapa minggu bencana banjir berlalu, namun ia bukan halangan untuk Pakatan Harapan (Harapan) Jerlun terus menyalurkan bantuan buat mangsa banjir di kawasan ini.


Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Jerlun, A Aziz Mohamod berkata, sumbangan berkenaan masih diteruskan selepas mendapati masih ada mangsa yang tercicir dari bantuan sebelum ini.


“Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Amanah Kedah dan turut dibantu oleh Armada Kedah serta Kumpulan Generasi Tun M,”katanya.


Menurutnya, terdapat 183 rumah terlibat dalam banjir yang melanda kawasan Jerlun baru-baru ini.


Sementara itu, Naib Pengerusi Amanah Kedah, Dr Salmee Said berkata, program ini turut memberi peluang kepada pemimpin Harapan mengenali penduduk dengan lebih dekat di samping menyelami masalah yang mereka hadapi.


“Setakat ini sudah masuk siri kelima¬† dan kemungkinan ada lagi siri seterusnya sekiranya masih ada lagi mangsa banjir yang belum mendapat sumbangan daripada Harapan,” katanya.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]