LKU pantau syarikat, agensi pakej umrah

in Bisnes by


SABAN tahun media massa melaporkan kisah umat Islam yang mahu mengerjakan umrah terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)  atau tiada penerbangan balik kerana disabotaj ejen atau syarikat menguruskan pakej umrah. 


Pun begitu, ia tidak menjejaskan perkembangan perniagaan itu kerana sentiasa mempunyai permintaan tinggi.


Perjalanan ibadah umrah berjalan lancar impian setiap umat Islam yang perlu dirancang teliti supaya tiada perkara yang boleh menjejaskan fokus menjalaninya.


Bagaimanapun, pilihan pakej umrah bergantung kemampuan kerana ia elemen penting sebelum menjejaki ke Tanah Suci. 


Kebiasaannya, pemilihan pakej umrah adalah berdasarkan kepada bajet seseorang sama ada mahu pakej yang biasa atau eksklusif yang mengutamakan keselesaan dan memudahkan mereka menjalani ibadah umrah selama 12 hari 10 malam.


Seiring peredaran masa, pengendali pakej umrah menyediakan pelbagai perkhidmatan yang memberikan keutamaan kepada keselamatan, keselesaan dan kemudahan jemaah menjalani ibadah umrah.


Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan memperkenalkan memperkenalkan Lesen Khas Umrah (LKU) yang berkuat kuasa ke atas semua agensi pelancongan yang menjual dan mengendalikan pakej umrah 2017 bermula 1 Oktober lalu.


Timbalan Menterinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, kementerian menyaring 25 syarikat dan layak menerima Lesen Khas Umrah (LKU) daripada 80 permohonan setakat 27 Oktober 2017.


Katanya, kerajaan juga memberikan tempoh tiga bulan sebagai tempoh peralihan semua penggiat industri kepada LKU, turut diberikan ialah pemberian pengecualian fi proses dan fi LKU sehingga 31 Disember nanti.


Menurutnya, kementerian memperkenalkan Lesen Khas Umrah (LKU) dan ia berkuat kuasa ke atas semua agensi pelancongan yang menjual dan mengendalikan pakej umrah 2017 bermula 1 Oktober 2017.


“Pengenalan LKU adalah inisiatif permuafakatan di Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) bertujuan untuk memperkemaskan dan mengatasi masalah semasa di dalam industri dan masyarakat khususnya gejala penipuan pakej umrah dan ziarah,” katanya.


Menurutnya, LKU juga membuat tapisan dan saringan ke atas penggiat industri umrah yang benar layak dalam memastikan agensi-agensi pelancongan mempunyai kredibiliti dan mampu melaksanakan tanggungjawab perkhidmatan dan kebajikan jemaah kendaliannya.


“Kementerian juga memperkenalkan tiga transformasi sokongan kepada LKU dan transformasi kedua pula ialah membenarkan pelantikan Pegawai Pemasaran Umrah (PPU) oleh penggiat industri umrah yang didaftarkan dengan Kementerian.


“PPU perlu berdaftar dengan kementerian dan hanya kad pengenalan PPU yang dikeluarkan oleh Kementerian sahaja yang sah dan boleh mempromosikan pakej umrah milik syarikat kepada orang ramai.


“Kad PPU itu ada ciri-ciri keselamatan yang akan memaparkan nama dan gambar PPU, maklumat syarikat dan kod unik (Quick Response Code-QR Code),” katanya.


Beliau berkata, kementerian juga memperkenalkan satu sistem pemantauan bersepadu iaitu Integrated Manasik Monitoring System (IMAMS) yang melibatkan 25 penerima LKU dalam projek printisnya.


“Mana-mana pihak yang gagal memperoleh LKU dan terus menjalankan perniagaan berkaitan pakej umrah/ziarah tanpa LKU adalah melakukan kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482),” katanya.

Mas Ermieyati menandatangani pelancaran LKU, baru-baru ini.


Beliau berkata, kementerian juga akan mengambil tindakan susulan hasil pengenalan LKU ini dengan meluaskan maklumat berkaitan LKU melalui sesi-sesi jelajah, ‘townhall’ dan Keterlibatan Pengurusan Tertinggi Kementerian bersama penggiat Industri Umrah di bawah Pelan Tindakan LKU secara berkala.


“Orang awam juga boleh membuat semakan status syarikat pemegang lesen LKU di laman web kementerian untuk tujuan pengesahan sebelum berurusan atau menghubungi terus mana-mana ibu pejabat kementerian di seluruh negara,” katanya.


Orang ramai boleh memilih pengelola umrah diluluskan oleh Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) di laman webnya, setakat ini jumlah syarikat  berkelayakan adalah 69 syarikat sahaja.




 


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]