Lori jadi stor DVD cetak rompak

in Semasa by


KUALA LUMPUR – Siapa sangka sebuah lori dijadikan sebagai stor simpanan cakera padat (VCD) dan video cakera digital (DVD) cetak rompak.


Taktik itu bagaimanapun terbongkar dalam serbuan sepasukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) di lorong belakang bangunan kedai, Jalan Sibu 8, dekat sini, semalam.


Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri, Wan Mhd Yusof Bin W Taib berkata, serbuan dijalankan pada jam 3 petang, hasil risikan selama sebulan.


Menurutnya, berdasarkan risikan terdapat sebuah lori yang dijadikan sebagai stor untuk menyimpan DVD dan VCD.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.741011.1507552167!/image/image.jpg


“Siasatan awal mendapati DVD dan VCD cetak rompak itu adalah untuk pasaran di pasar malam sekitar Kuala Lumpur. Risikan juga memdapati ada seorang lelaki tempatan akan menguruskan pengedaran itu.


“Kita telah buat pemerhatian selama dua jam untuk menunggu kehadiran lelaki terbabit, namun tiada kelibatnya,” katanya.


Beliau berkata, pemeriksaan kemudian telah menyita DVD pelbagai tajuk yang dianggarkan berjumlah RM7,805.


Katanya, pihaknya percaya sindiket ini telah beroperasi sejam empat hingga lima bulan lalu dan menjadikan lori ini sebagai stor. Selepas selesai jualan di pasar malam, meja kaunter akan dikumpul dan DVD atau CVD ini akan disimpan di dalam lori.


“Siasatan masih dijalankan bagi mengesan dalang terbabit dalam sindiket ini.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Hak Cipta 1987,” katanya.


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]