Pelawat kecewa kualiti padang

in Sukan by


PEMAIN tengah Belgium, Kevin de Bruyne mengkritik mutu padang Stadium Grbavica, Sarajevo ketika pelawat mencatat kemenangan tipis 4-3 ke atas tuan rumah Bosnia Herzegovina pada aksi Kumpulan H, awal pagi semalam.


Pada pertemuan itu, Belgium yang telah mengesahkan kemaraan ke Piala Dunia 2018 ketinggalan 1-2 di babak pertama, namun bangkit dengan tiga gol di babak kedua.


“Saya hairan mengapa perlawanan tetap berjalan di stadium itu. Kali terakhir saya bermain di atas padang dengan kualiti seteruk ini ialah ketika saya berumur tujuh tahun.


“Saya dan pemainĀ  lain risau jika cedera. Ini tidak masuk akal dan tidak boleh diterima,” katanya.


Kemenangan ini mengukuhkan posisi Belgium selaku pendahulu Kumpulan H dengan 25 mata, dibezakan sembilan mata dengan Greece berada di posisi kedua dengan baki satu perlawanan.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]