Penyamun cabut lari dikejar dengan parang

in Semasa by


PUCHONG – Cubaan dua lelaki untuk menyamun sebuah kedai telefon bimbit dan kad sim prabayar dipercayai menggunakan pistol mainan terbantut apabila pengusaha kedai bertindak mengejar kedua-duanya menggunakan parang.


Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 petang, dua suspek terbabit dikatakan menaiki sebuah kereta Proton Iswara Aeroback berwarna hijau dan masuk ke kedai berkenaan di Puchong Utama sebelum bertanya sama ada mangsa bekerja seorang diri.


Kejadian tersebut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang dalam premis komersil berkenaan.


Dalam video berdurasi 2.02 minit yang tular di laman media sosial sejak pagi, semalam seorang daripada suspek dirakam keluar menuju ke kereta dan mengambil sesuatu.


Sumber berkata, kedua-dua suspek kemudian menghampiri kaunter, seorang daripadanya mengacukan objek menyerupai pistol kepada mangsa.


“Mangsa berlari ke bahagian belakang kedai, mengambil parang dan mengejar kedua-dua lelaki terbabit selepas menyedari pistol digunakan adalah pistol mainan,” katanya kedua-dua supek kemudian melarikan diri.


Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada mangsa.


Tiada kerugian dilaporkan  dalam kejadian itu.


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]