Pertim sasar kumpul dana RM15,000

in Nasional by


PERMATANG PAUH – Membeli sambil beramal, itu antara inisiatif Persatuan Tadika Islam Malaysia (Pertim) dalam usaha menyemarakkan lagi kempen SINAR4ROHINGYA di negeri ini.


Setiausaha Sekretariat SINAR4ROHINGYA, Siti Ruzita Ramli berkata, jualan amal beruang Teddy dipilih kerana ia sesuai semua peringkat umur.


“Ibu boleh serahkan kepada anak, suami boleh beri kepada isteri, dan anak juga boleh hadiahkan kepada ibu bapa.


“Jualan juga akan dibuat di majlis konvokesyen tadika di bawah naungan Pertim nanti,” katanya selepas menghadiri Bengkel Persediaan Hari Konvo Untuk Tadika di bawah naungan Pertim dan pelancaran SINAR4ROHINGYA di Yayasan An-Nahdhoh, Bukit Mertajam, semalam.


Siti Ruzita berkata, Pertim menyasarkan RM10,000 hingga RM15,000 dana untuk tabung SINAR4ROHINGYA di Pulau Pinang.


“Untuk program pelancaran ini, ia melibatkan kira-kira 40 tadika di bawah naungan Pertim di negeri ini dan negeri kedua selepas pelancaran yang bermula di Selangor pada 4 Oktober lalu,” katanya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]