Pusat tahfiz terbakar, pelajar selamat

in Semasa by


KLANG – Empat bilik asrama pelajar lelaki Pusat Pengajian dan Tahfiz Nur Al-Quran, Rantau Panjang, dekat sini, musnah terbakar, dalam kejadian kira-kira jam 2.41 petang tadi.


Jurucakap bomba berkata, kesemua pelajar terselamat dalam kejadian itu.


“Sebanyak 17 anggota dan tiga pegawai dari Balai Bomba Penyelamat Kota Raja dan Kapar dikejarkan ke lokasi.

Gambar yang tular di media sosial


“Laporan awal dapati ia melibatkan asrama pusat tahfiz bangunan dua tingkat. Tingkat atas telah terbakar 100 peratus, tetapi api dapat dikawal pada jam 3.15 petang,” katanya.


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]