'Semuanya sudah berakhir'

in Sukan by


HARAPAN Belanda untuk beraksi di Piala Dunia 2018 berkecai selepas Sweden membelasah Luxembourg 8-0, walaupun melakar kemenangan 3-1 ke atas Belarus di Borisov Arena, Barysaw, awal pagi semalam.


Keputusan itu menyaksikan Sweden mengekalkan kedudukan di tangga kedua Kumpulan A manakala Belanda di tangga ketiga.


Sweden hanya perlu merakam keputusan seri apabila bertemu Belanda di Amsterdam Rabu ini untuk menempah slot play-off.


“Selepas melihat keputusan Sweden ke atas Luxembourg, saya tahu kami sudah tiada harapan.


“Untuk menang besar sekurang-kurangnya 7-0 ke atas Sweden dalam perlawanan terakhir nanti adalah amat mustahil dan tidak mungkin akan terjadi,” kata pemain tengah Belanda, Arjen Robben.


Bagaimanapun nada berbeza disuarakan pengendali The Oranje, Dick Advocaat yang masih percaya skuadnya mampu membuat kejutan di laman sendiri nanti.


“Kami ada satu lagi perlawanan dan bagi saya kami masih mampu mencipta kejutan (menang besar 7-0). Walaupun realiti sekarang ini pahit ditelan, tetapi saya masih optimis segala-galanya belum berakhir,” katanya.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]