SINAR4ROHINGYA peluang terbaik salur bantuan

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Kempen SINAR4ROHINGYA menyediakan peluang buat rakyat Malaysia menyalurkan bantuan kepada etnik Rohingya yang kini berada dalam situasi amat memerlukan.


Peluang sama turut dimanfaatkan Dewan Usahawan Islamik Malaysia (Duim) yang melancarkan tabung SINAR4ROHINGYA pada program Himpunan Bazaar Millenium (HBM).


Setiausahanya, Datuk Shafiee Omar berkata, tabung SINAR4ROHINGYA akan menjadi pengisian tetap dalam setiap program anjuran pihaknya.


“Kami akan sediakan tabung khas untuk memudahkan orang ramai membuat sumbangan.


“Sebelum adanya tabung SINAR4ROHINGYA, kami memang selitkan aktiviti kebajikan dalam setiap program atau acara kami anjurkan.


“Selain fokus terhadap kebajikan usahawan, kami juga mahu menggunakan platform yang ada untuk melakukan kebajikan buat mereka yang memerlukan seperti pelarian Rohingya,” katanya pada Majlis Perasmian Himpunan Bazar Milennium dan Tabung SINAR4ROHINGYA, di sini, semalam.


Acara perasmian disempurnakan Adun Bandar Baru Bangi, Mohd Syafie Ngah.


Hadir sama, Pengarah Pembangunan Pengurusan Urusniaga IKS Malaysia, Khairul Azwaz Kamaruddin.


Sementara itu, Setiausaha Sekretariat SINAR4ROHINGYA, Norden Mohamed berkata, hampir setengah juta dana berjaya dikumpul dalam tempoh sebulan dilancarkan.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]