Syarikat sedia patuhi syarat LKU

in Bisnes by


JEMAAH kini boleh mendapatkan maklumat mengenai syarikat pengendali umrah yang dipilih selepas pelancaran LKU awal Oktober lalu.


Pengurus UC Travel Sdn Bhd (UC Travel), Agus Rizal Mat Ali berkata, pengendali umrah mendaftar dengan LKU adalah mereka yang diiktiraf.


“UC Travel telah memohon LKU. Untuk mendapatkan LKU, syarikat pengendali umrah perlu mematuhi syarat yang ditetapkan dan mereka perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap jemaah.


[ARTIKEL BERKAITAN: LKU banteras kes penipuan pakej umrah]


“Diharapkan dengan adanya LKU, penipuan dalam kalangan jemaah umrah tidak akan berlaku lagi,” katanya.


Menurutnya, jemaah umrah perlu meneliti pakej yang ditawarkan, secara umumnya pihak berkuasa menggariskan harga bagi pakej umrah standard ekonomi selama 12 hari 10 malam tidak boleh kurang daripada RM5,500.


[ARTIKEL BERKAITAN: LKU pantau syarikat, agensi pakej umrah]

 


Tambahnya, sebagai bakal jemaah umrah, mereka diingatkan supaya berurusan dengan ejen pelancongan berdaftar dan mempunyai lesen dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.


“UC Travel menawarkan pakej umrah bermula RM5,670 hingga RM9,000 mengikut pakej yang pelanggan mahukan. Kami menyasarkan 20,000 jemaah menjelang akhir 2018,” katanya.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]